CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 25, 2010

mencari secebis keikhlasan

bismillah. assalamualaikum.



keikhlasan itu halus. keikhlasan itu tersembunyi jauh di dalam sudut hati. kadangkala, ia terbenam di sebalik perasaan riak, sombong dan takbur. hanya secebisnya diperlukan untuk amalan kita diterima Allah swt.

tapi harganya mahal.
semahal secubit garam yang datang jauh dari lautan dalam hanya untuk menaikkan rasa makanan di kala kelaparan.

keikhlasan sukar dicari.
sesukar mencari semut-semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang pekat.

di sebalik amalan kita yang terlalu sedikit ini, terselitkah secebis keikhlasan? hadirkah ia atau tiada kah ia?

adakah amalan kita kerana terpaksa? kerana mahu dilihat atau dipuji orang lain?
adakah amalan kita yang terlalu sedikit ini diterimaNya? atau ia bagai debu-debu yang tidak bernilai di mahkamahNya kelak?

sudah cukupkah kebajikan di dalam kitab amal ku untuk dipersembahkan di hadapanNya jika aku dijemput malaikat izrail pada esok hari?

"dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun." (Al-Kahf:49)

ingatlah bahawa amalan yang banyak bukanlah jaminan untuk mencium haruman firdausiNya jika keikhlasan itu tiada.

Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia
memasuki syurga. [Bukhari dan Muslim]


semuanya terletak pada kekuasaanNya.

tapi ingatlah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat kasih sayang Nya melangit luas.

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There are one hundred (parts of) mercy for Allah and He has sent down out of these one part of mercy upon the jinn and human beings and the insects and it is because of this (one part) that they love one another, show kindness to one another and even the beast treats its young one with affection, and Allah has reserved ninetynine parts of mercy with which He would treat His servants on the Day of Resurrection. [muslim; book 37, hadith 6631]

ingatlah hanya dengan rahmat dan redhaNya membolehkan kita mengecapi syurgaNya.

berdoalah padaNya dan tetap berusahalah untuk mencari secebis keikhlasan yang hilang itu.
ingatlah Allah tidak pernah meninggalkan kita walau kita seringkali alpa.

Dari anas ra berkata, saya mendengar rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman,

"wahai anak Adam, selama engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu nescaya Aku ampuni segala dosamu yang telah kamu lakukan dan Aku tidak peduli.
wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepadaKu nescaya Aku ampuni.
wahai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan seluas bumi lalu engkau bertemu denganKu dalam keadaan tidak menyekutukanKu sedikitpun, nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan seluas bumi pula." (HR Tirmidzi)

0 comments: