CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 19, 2010

ini untuk kalian


salam.

bingkisan ini khas buat mereka. As-sabiqunal awwalun yang ku cintai. yang ku cintai kerana Allah.

Allah SWT telah mengikat erat hati-hati kita di atas namaNya. di atas akidahNya. alangkah indahnya ikatan hati ini. tidak terbayang kemanisannya. tidak terkata perasaanku.
sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. di saat kita di tebing jurang neraka, Ar-Rahman telah menyelamatkan kita dengan rahmat dan kasihNya. Ar-Rahim telah mempersatukan hati kita. bukan sekadar itu, ukhuwah kita dieratkan dan dihangatkan lagi dengan kalimah-kalimahNya setiap hari. alangkah indahnya ikatan hati kita ini.

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." (Aali-Imran :103)


merekalah saudaraku. Allah telah mengutuskan kalian untukku. agar hidupku bertambah kemanisannya. bertambah keindahannya. kalianlah saudara seperjuanganku. sungguh, jalan yang bakal kita tempuhi ini dipenuhi onak duri. tapi ku pasti, di kala ku kepenatan dan kegelisahan, dengan rahmat dariNya, pasti kalian akan menenangkan jiwa ini. pasti kepenatan itu akan berlalu pergi seperti ia tidak pernah berkunjung tiba. inilah harga sebuah ikatan di atas akidahNya. tidak terkata manisnya. tidak terbeli mahalnya. hanya Allah SWT yang mampu melakukannya.

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika hilang agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku” (imam nawawi)

marilah kita menyuburkan bumi ini yang ketandusan akidahNya walau jalan itu dihiasi kesusahan dan dugaan yang tak berkesudahan. kerana syurgaNya itu mahal. semahal usaha yang menggegarkan dunia. marilah kita bangkit dari lena yang panjang ini. marilah saudaraku kita menjadi tentera agamaNya.

ku sayang kalian dan sayangku tidak terbatas di dunia sahaja. ku sayang kalian hingga ke syurgaNya. walau nyawa kita bakal dijemputNya pada bila-bila masa, ku harap dapat bertemu kalian semula di syurgaNya kelak. sesungguhnya, itulah kemenangan yang teragung.

"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah:111)

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda : Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit. [Bukhari & Muslim]

jazakumullah khairan kathira kepada kalian

0 comments: